Palestin: Kemungkinan gencatan senjata Jumaat ini

- Advertisement -

BERKEMUNGKINAN gencatan senjata antara Palestin (Semenanjung Gaza)-Israel akan diadakan bermula hari Jumaat ini.

- Advertisement -

Pesawat pejuang rejim zionis Israel terus membedil Semenanjung Gaza dengan menyasarkan kediaman orang awam di Al Geneina, Rafah, Khan Younis, barat laut kem Nusirat, Dier Balah, kem Al Burj dan beberapa tempat lagi di tengah bandar Gaza. (Gambar 1)

Dron pengintip Saraya Al Quds menyiarkan rakaman video pos-pos kawalan tentera rejim zionis Israel yang kosong di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza sambil menyoal tentera rejim zionis Israel “di manakah tentera kamu dan di manakah kenderaan, kenderaan tentera kamu“. (Gambar 2)

Pejuang Palestin melancarkan roket ke penempatan haram Yahudi di Gaza, Netivot, Kiryat Malakhi, barat Naqab, Beer Al Saba, Nahal Quz, Askelan, Lakhish, Netifot, pangkalan tentera rejim zionis Israel di Hatsarim dan Tel Nouf. (Gambar 3)

Berlaku pertempuran antara pemuda Palestin dengan polis rejim zionis Israel di bandar Umm Al Fahm. (Gambar 4)

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin. – HARAKAHDAILY 20/5/2021

(Kredit: Al Jazeera, Alarabiya Palestine, Al Quds, Gaza Now, Shehab News.)

- Advertisement -