Tiada lagi dominasi politik

- Advertisement -

PAS Perak tetap mendukung pendirian Tuan Guru Presiden dan PAS Pusat berkaitan gabungan dan kerjasama politik. ‘Pertahankan PN dan perkukuhkan MN. Berkerjasama dengan semua parti dan NGO yang tidak ekstrem.’ itu penegasan Pesuruhjaya PAS Perak YB Haji Razman Zakaria menjawab pertanyaan KL Media. 

Beliau juga menegaskan politik kini tiada lagi istilah abang besar. Rakyat mengharapkan kerjasama parti politik khasnya orang Melayu agar sejarah 22 bulan pemerintahan PH tidak berulang. Zaman dominasi politik sudah berlalu. Jumlah pengundi jauh melebihi bilangan ahli sesuatu parti politik. 

- Advertisement -

Perkongsian dalam kerajaan selepas PRU15 mestilah dalam bentuk perkongsian sebenar memenuhi aspirasi dan harapan rakyat. Sokongan rakyat tidak lagi hanya berdasarkan parti sebaliknya menilai kredibiliti dan integriti calon.

PAS sebagai sebahagian kerajaan telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam memberi khidmat kepada rakyat. Wakil PAS yang dilantik sebagai Menteri dan Exco kerajaan membuktikan PAS mampu memerintah jika diberi kepercayaan lebih besar oleh rakyat.

YB Razman diwawancara oleh wartawan KL Media selepas jamuan berbuka puasa bersama media di rumahnya semalam. Kira kira 50 orang wartawan dari pelbagai media hadir dalam majlis santai itu.

Biarpun hujan turun agak lebat namun majlis yang dimulakan dengan tahlil dan dipimpin sendiri oleh Razman itu cukup meriah biarpun sederhana. Selepas solat Maghrib berjamaah, sembang santai mengakhiri majlis ringkas tersebut. 

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 27/4/2021

- Advertisement -