Syiar, fiqh dan ‘common sense’

- Advertisement -

RATA-ratanya saya dapati ada 3 golongan:

1. Tidak memahami syiar sebenar yang sabit dari al-Quran dan as-Sunnah.

2. Memahami syiar tetapi tidak meraikan pula perbezaan pendapat dalam Fiqh.

3. Mengetahui syiar, mengetahui perbezaan pendapat tetapi tiada ‘common sense’.

Golongan pertama sering menganggap berlebihan dalam agama itu syiar sehingga mereka rasa puas dengan apa yang mereka lakukan walaupun ia kadangkala ditegah. Saya tidak mahu berikan contoh, kerana anda boleh fikir sendiri. Rujuklah al-Quran dan as-Sunnah dalam memahami syiar.

- Advertisement -

Golongan kedua terkadang menjadi taksub. Taksub dengan pandangan tertentu hingga mengesampingkan pandangan muktabar yang lain. Sehingga soal seperti qunut atau tidak diperpanjangkan jidalnya sehingga membawa perbalahan.

Golongan ketiga pula menganggap mereka sahaja hidup atas muka bumi ini tanpa perlu menghormati manusia lain. Mereka gagal memahami ‘rahmat kepada sekalian alam’ dalam tindakan mereka. Tindakan yang menyakiti orang lain dianggap betul bagi mereka, sehingga mencederakan orang lain ketika berebut mengucup Hajar Aswad terasa puas untuk mereka.

Pegangan yang sejahtera bagi saya ialah kita memahami betul-betul syiar, meraikan perbezaan pendapat yang muktabar dan meletak sedikit ‘common sense’ dalam akal kita dalam mencorak tindakan.

Ketiga-tiga perkara ini akan berjalan seiring kerana Islam itu rahmat dan tidak menyusahkan sesiapa. Yang paling penting ialah kita tidak sesekali berkompromi mengenai perkara pokok dan asas, dan dalam meletakkan ‘common sense’ tidak mendahulukannya lebih daripada syiar dan pancang asas akidah. 

Wallahu’alam.

YUSFARIZAL YUSSOFF – HARAKAHDAILY 22/3/2021

- Advertisement -