
BERBESAR hati menandatangani ‘Convention on the International Organisation for Marine Aids to Navigation’ hari ini di Putrajaya. Sebagai negara penandatangan, Malaysia akan menyumbang untuk menjadikan Konvensyen ini sebagai kunci dalam usaha meningkatkan keselamatan dan kecekapan pelayaran maritim. Malaysia sebagai ‘negara pesisir’ di Selat Melaka akan memainkan peranan besar dalam menerajui standard navigasi moden yang lebih selamat dan boleh dipercayai untuk pelaut dan maritim Antarabangsa.
Akibat pandemik COVID-19 melanda dunia, ini adalah kali pertama bagi anggota PBB menandatangani Konvensyen di luar Perancis, di mana ‘International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authority (IALA)’ menjadi tuan rumah. Malaysia juga berbangga menjadi antara penandatangan pertama Konvensyen ini sebagai tuan rumah Persidangan Diplomatik IALA yang diadakan pada 25-28 Februari 2020. Setahun dari sekarang, MOT berharap Konvensyen ini dapat disahkan dan dikuatkuasakan dengan jayanya.
Setinggi penghargaan buat Duta Besar Perancis ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Roland Galharague kerana telah bersama-sama dengan saya untuk menyaksikan majlis ini serta anggota Lembaga Dius Api dan juga pengurusan tertinggi MOT yang diketuai oleh Ketua Setiausaha MOT, Datuk Isham Ishak. Hadir sama, Ketua Pengarah bagi Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Negeri, Dr Adina Kamarudin; Ketua Pengarah Jabatan Laut, Dato’ Baharin Abdul Hamid dan Pengerusi Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia (MASA), Dato’ Ir Abdul Hak Mat Amin.
Turut bersama menerusi maya, Duta Besar untuk Perwakilan Khas bagi Rundingan Maritim, Tuan Yang Terutama Serge Segura; Timbalan Pengarah PBB, Pertubuhan Antarabangsa, Hak Asasi Manusia Perancis, Tuan Yang Terutama Jean-Marc Séré-Charlet; dan Setiausaha Agung IALA, En. Francis Zachariae serta pejabat Kedutaan Malaysia di Perancis.
Honoured to be one of the signatories to the Convention on the International Organisation for Marine Aids to Navigation today. As a signatory nation, Malaysia will contribute to making this Convention the key to enhancing the safety and efficiency of maritime navigation. With Malaysia as a ‘littoral state’ on the Straits of Melaka, we play a huge role in leading the way for modern navigation standards that are more secure and reliable for seafarers and international maritime.
Due to the COVID-19 pandemic, it is the first time ever for a UN member to sign the Convention outside of France, where the International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authority (IALA) is hosted. Malaysia is also proud to be among the first signatories to this Convention as the host of the IALA Diplomatic Conference held on 25-28 February 2020. One year from now, we hope the Convention can be ratified and entered into force successfully.
I wish to thank His Excellency Roland Galharague, Ambassador of France to Malaysia for joining me to witness the signing as well as members of the Light Dues Board and the MOT top management led by MOT Secretary General Datuk Isham Ishak. Together with us in the ceremony were Dr Adina Kamarudin, DG for Maritime Affairs, Ministry of Foreign Affairs, Dato’ Baharin Abdul Hamid, DG of Marine Department and Dato’ Ir Abdul Hak Mat Amin, Chairman of MASA.
Also present at the ceremony via video-conference were His Excellency Serge Segura, Ambassador for Special Representative for Maritime Negotiations, His Excellency Jean-Marc Séré-Charlet, Deputy Director of United Nations, International Organizations, Human Rights and Francophony, France as well as Mr. Francis Zachariae, Secretary General of IALA and also the Malaysian Embassy in France.
DATUK SERI IR DR WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan – HARAKAHDAILY 17/3/2021











