
TUMPAT: Sebanyak 20 Pusat Khidmat Dun (PKD) di Kelantan dinaik taraf kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan kelajuan internet 800 Mbps Unifi Turbo.
Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kos menaik taraf kemudahan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM10,000 bagi setiap PKD.
Katanya, usaha itu lakukan memandangkan ramai pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna kerana masalah kelajuan internet.
“Daripada jumlah tersebut sebanyak 20 PKD sudah selesai pemasangan internet kelajuan tingg dan 6 PKD lagi sedang dalam proses pemasangan manakala PKD selebihnya dijangka akan selesai pemasangan secara berperingkat sehingga akhir Jun 2021.
“Bagi fasa pertama kerajaan negeri menaik taraf kelajuan internet di 20 Dun. Manakala 25 Dun lagi akan dilaksana secara berperingkat sehingga akhir Jun hadapan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Bantuan Khas Covid-19 fasa 2 di Wisma Ibadurrahman, hari ini.
Sebanyak 45 PKD di Kelantan sekarang menjadi tempat tumpuan pelajar bagi mengikuti pembelajaran secara atas talian memandangkan sekolah belum lagi dibuka kerana penularan pandemik Covid-19.
Malah PKD Chetok di Pasir Mas hadiri kira-kira 100 pelajar setiap hari bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian.
Menteri Besar berkata, memandangkan ramai pelajar begitu sukar untuk mengikuti pembelajaran menyebabkan kerajaan negeri menaik taraf liputan internet di 20 Dun bagi fasa pertama.
“Apa yang penting semua pihak dapat membantu anak-anak belajar seperti biasa walaupun tidak dapat datang lagi ke sekolah.
“Sekarang pelajar mendapat ilmu dengan mengakses internet. Kaedah itu sudah menjadi amalan pelajar sekolah rendah dan menengah berbanding sebelum ini hanya pelajar institusi pengajian tinggi sahaja,” tambahnya.
Menurutnya juga setiap PKD mempunyai penyelia yang akan mengawasi anak-anak ketika datang belajar di situ. – HARAKAHDAILY 11/2/2021











