Pelancaran Sawit Anugerah Tuhan dimensi baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelancaran kempen ‘Sawit Anugerah Tuhan’ adalah bagi memberi gambaran baharu kepada masyarakat Malaysia mengenai kelebihan yang ada pada sawit.

- Advertisement -

Kelebihan sawit bukan hanya pada pengeluaran minyak masak sahaja bahkan terdapat juga kelebihan pada akar, batang pokok, daun dan pelbagai lagi.

Ia turut memberi manfaat dan mendatangkan hasil kepada pendapatan peneroka, pengusaha sawit serta negara.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kempen Sawit Anugerah Tuhan, Khairul Faizi Ahmad Kamil, sawit juga mempunyai kelebihan dari pelbagai faktor termasuk dari aspek kesihatan.

“Jadi, kita nak gambarkan bahawa ‘Sawit Anugerah Tuhan’ ini bukan semata-mata untuk masakan sahaja,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Orang ramai boleh menyertai Pelancaran Kempen ‘Sawit Anugerah Tuhan’ yang akan di sampaikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, hari ini melalui Facebook Malaysia Palm Oil Counsil (MPOC).

Jelas Khairul Faizi, kempe tersebut sepatutnya berlangsung secara bersemuka, namun ditangguhkan sebelum ini dan dibawa ke hari ini secara maya sebagai langkah awal kempen itu.

Katanya, selain untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh masyarakat Malaysia khususnya, pihak jawatankuasa juga ada menyediakan peraduan yang boleh disertai oleh sesiapa yang menonton perasmian pada hari ini.

“Peraduan yang dianjurkan berbentuk persoalan mengenai sawit berkaitan dengan pelancaran kempen ‘Sawit Anugerah Tuhan’.

“Hadiah pertama yang disediakan MacBook pro, iPad, jam tangan dan pelbagai lagi.

“Melalui kempen ini kita nak rakyat Malaysia menyedari bahawa sawit ini merupakan anugerah tuhan dan bermakna kepada kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/2/2021

- Advertisement -