PAS ziarah keluarga veteran

- Advertisement -

WANGSA MAJU: Prihatin dengan nasib keluarga Veteran PAS Kampung Setia Jaya, Allahyarham Husin Usop, PAS Kawasan Wangsa Maju tampil menziarahi menyantuni keluarga Allahyarham.

- Advertisement -

Mereka difahamkan sedang menghadapi ujian kehidupan di kediaman anak bongsunya baru-baru ini di Pangsapuri Villa Danau, Setapak.

Justeru itu, Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, Senator Nuridah Mohd Salleh serta beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan telah membuat penyerahan wang tunai hasil daripada Badan Khairat Kematian kepada waris terdekat iaitu isteri Allahyarham, Azizah Hassan.

Menurut anak Allahyarham, Muhd Ammar Husin, Allahyarham antara individu terawal yang menubuhan PAS Cawangan Kampung Setia Jaya.

Katanya, bapanya pernah menjadikan kediaman mereka di Jalan Jaya 3/3, Kampung Setia Jaya sebagai Markaz PAS Cawangan bagi aktiviti usrah.

“Kini saya akan menyambung legasi ayah sebagai aktivis bagi membantu anak muda agar tidak jauh tersasar dari tuntutan Agama iaitu Islam” ujar Muhd Ammar.

Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud.

Abdul Rani dalam masa sama menyatakan sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh Ammar sebagai Pengerusi sebuah NGO yang banyak membantu anak-anak muda.

Beliau turut berharap dapat mewujudkan kerjasama di antara NGO tersebut dan Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju satu hari nanti. – HARAKAHDAILY 10/2/2021

- Advertisement -