
WANGSA MAJU: PAS Kawasan Wangsa Maju meneruskan tradisi menyantuni dan meraikan masyarakat Tionghua sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Ahli Dewan Negara merangkap Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama delegasi PAS Kawasan Wangsa Maju mengadakan edaran kad Tahun Baru Cina dan limau di sekitar Desa Setapak dan Teratai Mewah, semalam.
Pendekatan sebegitu ialah sebagai satu usaha menepis salah anggap yang tersebar dalam kalangan masyarakat tersebut terutama isu perkauman.
“Kami memandang serius perkara ini dan mengharap tiada yang menjadi batu api menyemarakkan sentimen kaum. Sebaliknya kita kena bijak menilai maklumat yang betul atau salah,” ujar beliau.
Peniaga surat khabar di Desa Setapak, Encik Lee mengucapkan terima kasih kerana Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia itu sudi turun mengedarkan kad ucapan dan limau kepada penduduk di sini. – HARAKAHDAILY 10/2/2021











