Global Online Forum 2021 pada 27 Jan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Matlamat kemuncak yang harus diutamakan kini adalah menyediakan strategi yang utuh untuk pemulihan Covid-19.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri, Kementerian Teknologi dan Inovasi Sains (MOSTI), Ahmad Amzad Hashim berkata, untuk membincangkan isu kritikal itu dan berkongsi pengetahuan merentasi sempadan, ADFIM, ADFIAP dan ADFIMI akan menganjurkan Global Online Forum 2021.

Katanya, forum yang bertajuk Empowering Technology for Sustainable Development (Memperkasakan Teknologi untuk Pembangunan Lestari) itu diadakan pada 27 Januari ini, jam 3.00 petang.

- Advertisement -

Selain beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, Dato’ Norhalim Yunus, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, IPDC Finance Limited, Encik Mominul Islam (Bangladesh) dan Pengurus Jabatan Pengalaman Pelanggan, Qatar Development Bank (QDB), Puan Amna Al Mazroei.

“Forum akan merangkumi kesan terhadap teknologi yang menyokong atau menghalang pembangunan lestari yang disebabkan oleh wabak Covid-19,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Tambahnya, ia juga merangkumi bagaimana DFI akan memainkan peranan penting dalam memperkasakan teknologi untuk menyokong matlamat pembangunan lestari serta program dan struktur utama yang ada untuk pembangunan teknologi yang mampan

Beliau yang mempelawa orang ramai menyertai forum itu menyatakan program itu akan disiarkan secara langsung di Facebooknya beliau atau Facebook ADFIM. – HARAKAHDAILY 25/1/2021

- Advertisement -