Rancangan pembinaan Kompleks Astronomi Borneo

- Advertisement -

PERANCANGAN Kerajaan Negeri untuk membina Pusat Astronomi Sarawak yang bakal dikenali sebagai Kompleks Astronomi Borneo, bertempat di kawasan Pantai Damai Santubong, telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat Sarawak.

Pusat astronomi ini amat penting bagi masyarakat Islam di Sarawak dan juga di Malaysia. Ianya bakal membolehkan Pejabat Mufti untuk menjalankan aktiviti ‘melihat bulan’ pada setiap perayaan masyarakat Islam, yang bergantung kepada terlihatnya bulan.

- Advertisement -

Sebaliknya, beberapa pihak lain, terutamanya NGO, telah menyatakan kebimbangan mereka terhadap projek ini dan bagaimana ianya bakal memberi impak kepada alam sekitar. Mereka bimbang projek ini akan mengakibatkan pencemaran kepada kawasan ‘Blue Pool’ yang terletak di atas Gunung Santubong, sebagai suatu ‘permata’ kawasan ini, iaitu sebuah kawasan oasis dengan air biru jernih. 

Oleh itu, semasa kunjungan pulang ke Sarawak baru-baru ini, saya telah memastikan perjumpaan dengan pihak-pihak berkenaan bagi membincangkan perkara ini, menjadi keutamaan. Di antaranya, kontraktor, konsultan, JKR dan juga Jabatan Mufti, Sarawak.

Santubong adalah kawasan saya dan sebagai wakil rakyat, ianya menjadi tanggungjawab saya untuk mengumpul semua fakta bagi mengetahui keadaan sebenarnya. Ini untuk memastikan saya dapat berkongsi naratif yang betul mengenai perkara ini. 

Selepas mengadakan perbincangan berkenaan, saya yakin mengenai kepentingan projek ini. Berdasarkan peta dan pandangan satelit yang disediakan, tapak yang dicadangkan, Tanjung Salleh yang bersebelahan dengan Telok Bandong, kami dapati bahawa Damai, Santubong amat sesuai sebagai kawasan ‘melihat bulan’. Ini kerana kawasan ini membolehkan pandangan cakerawala melepasi Tanjung Datu, Sarawak, dengan jelas dan tidak terhalang.

Saya juga yakin bahawa kawasan ‘Blue Pool’ tidak akan terjejas. Kolam ini terletak di lereng Gunung Santubong yang lebih tinggi, dengan ketinggian kira-kira 400 meter dari permulaan jalan masuk ke Kompleks Astronomi yang bakal dibina. Ianya juga terletak lebih kurang dua kilometer dari kompleks berkenaan menuju ke arah pantai di Tg Salleh. Walau bagaimanapun, saya telah memberi penekanan kepada kontraktor, konsultan serta JKR untuk memastikan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek ini, dijalankan secara menyeluruh. Projek ini hanya boleh dijalankan sekiranya EIA dipatuhi dengan sepenuhnya. Pihak berkuasa juga perlu memastikan kesan terhadap alam sekitar hanya pada tahap minima dan juga jalan masuk ke kawasan berkenaan disediakan. 

Saya menyokong penuh inisiatif yang dapat membantu masyarakat Islam dalam menjalankan keperluan agama di samping menyumbang kepada pembangunan di Santubong. Namun apa-apa pembangunan sekalipun tidak boleh membawa impak negatif kepada alam sekitar. Kita harus memastikan adanya keseimbangan antara keperluan pembangunan dan tujuannya berbanding impak buruk terhadap alam sekitar.

The state government’s plan to develop Sarawak’s astronomy centre, the Borneo Astronomy Complex, located in Damai beach area in Santubong, has certainly brought about mixed reactions among Sarawakians.

Having our very own astronomy centre is very significant to the Muslim community in both Sarawak and as well as Malaysia. It enables the Mufti’s Office to conduct a lunar sighting at every occasion that requires a perfect sighting of the moon raising for the Muslim community in the country. 

On the other side of the coin, there are others, especially NGOs, that have expressed strong concerns on the project and how it will affect the environment. They were especially worried the project would affect the famous Blue Pool – an oasis with clear blue water, a hidden gem situated uphill of mount Santubong.

That is why during my recent trip back home, I had made it a priority to meet the parties concerned for this project – the contractors, consultants, JKR as well as the Jabatan Mufti, Sarawak. 

Santubong is my constituency and as their wakil rakyat it is my duty to gather all the facts in order to know the actual situation. So that I could create a correct narrative on the issue. 

After a lengthy discussion, I am convinced on the importance of the project. Based on the maps and satellite views provided, the proposed site, Tanjung Salleh adjoining Telok Bandong, Damai, Santubong is most ideal for lunar sighting as it provides an unobstructed view of the horizon beyond Tanjung Datu, Sarawak. 

As for the Blue Pool, I am satisfied that it will not be affected. The pool is located at a higher slope of Santubong Mountain situated about 400 metres above the beginning of the road access to be built to the Astronomy Complex about two kilometres to the Astronomy complex down toward the beach head at Tg Salleh. Nevertheless, I firmly advised the contractors, consultants and JKR to carry out a comprehensive Environmental Impact Assessment (EIA) regarding the project. Only upon full compliance of the EIA can the project be carried out. Authority must ensure minimum impact to environment in carrying out the project as well as the road access. 

While I fully support any initiative to establish the infrastructure that would help the Muslim community in observing the religious’s need and the development in Santubong, it must not be at the expense of good and pristine environment. Therefore, there must be a balanced between the need for development and its purpose and against an adverse impact on the environment.

DATUK SERI DR. WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – HARAKAHDAILY 29/12/2020

- Advertisement -