Prihatin PD ziarah perkampungan orang asal

- Advertisement -

PORT DICKSON: Prihatin Port Dickson (PD) akan berusaha mengadakan aktiviti yang dapat membantu masyarakat Orang Asli Bukit Kepong, di sini.

Terutamanya aktiviti melibatkan jemaah agama Islam, kata Setiausaha PAS Port Dickson, Rahman Shah Aris.

- Advertisement -

Ziarah Prihatin PD di perkampungan tersebut mendapati surau yang baharu dibina di kampung tersebut masih memerlukan beberapa fasilii penting untuk penduduk melakukan aktiviti jemaah di surau.

Antaranya termasuk kemudahan seperti public adress system, karpet atau sejadah, laluan bertar dan kawasan berpagar yang lebih luas bagi keselesaaan jemaah.

Ziarah tersebut diketuai Pengerusi Prihatin PD, Abdul Fatah Zakaria, Setiausahanya, Mejar (B) Abdul Rahim Mansor, dan Ketua Khidmat Malaysia Port Dickson, Kamal Ismail.

Dalam ziarah sama, mereka menerima taklimat ringkas perjalanan dan pengurusan kampung daripada Tok Batin Omar Gomeng.

Menurut Tok Batin Omar, populasi Perkampungan Bukit Kepong melebihi 100 orang dan 22 daripadanya beragama Islam.

Mereka juga berkesempatan bertemu mata dengan Penyelia Saudara Mualaf Kawasan Port Dickson, Ustazah Nadia yang juga merupakan anak buah Tok Batin Omar.

Temuan Homestay Temuan Port Dickson.

Di samping itu, Prihatin PD juga berkesempatan untuk bertemu dengan Pengerusi Perkampungan Bukit Kepong, Faarezan Radzali yang mengusahakan Temuan Homestay Temuan Port Dickson.

Faarezan, kata Rahman Shah, menerangkan dan membawa Prihatin PD melawat kemudahan-kemudahan yang terdapat di homestay tersebut.

Temuan Homestay Temuan Port Dickson menawarkan kemudahan buat pengunjung yang ingin memahami atau menimba pengalaman mengalami sendiri cara kehidupan tradisi Orang Asli Suku Temuan. – HARAKAHDAILY 22/12/2020

- Advertisement -