1,500 pelbagai jawatan ditawar di Kedah

Foto hiasan
- Advertisement -

ALOR SETAR: Pencari kerja terutama penduduk di negeri Kedah dipelawa menyertai Karnival Penjana Kerjaya anjuran Kementerian Sumber Manusia yang akan diadakan 26 Disember ini.

Program itu dijadualkan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang bertempat di Dewan Cenderawasih Majlis Daerah Pendang dan akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim.

- Advertisement -

Karnival dijangka menawarkan lebih 1,500 kekosongan pelbagai jawatan dan sektor melibatkan 14 majikan dari seluruh utara Kedah.

Jurucakap Pejabat Perkeso Kedah memberitahu ia terbuka kepada semua pencari kerja termasuk graduan, mereka yang kehilangan pekerjaan dan dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Karnival itu merupakan kali kedua yang dianjurkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setelah mendapat sambutan hangat program serupa pada 2019.

“Selain itu karnival itu juga menawarkan Klinik Resume dan Kaunseling Kerjaya,” katanya di sini.

Sehubungan itu, mereka yang beminat boleh melayari Perkeso Career fair untuk pendaftaraan.

Jangan lupa membawa gambar berukuran pasport, salinan sijil serta resume.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini turut mengalu-alukan orang ramai mengambil peluang menyertai karnival terbabit. – HARAKAHDAILY 22/12/2020

- Advertisement -