Majlis Hari Raya PAS Pusat eratkan komponen PN

Wajah-wajah pemimpin kanan PAS yang memeriahkan majlis Hari raya di Lukut.
- Advertisement -

PORT DICKSON: Majllis Sambutan Hari Raya PAS Pusat yang diadakan di sini, hari ini berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni apabila pimpinan utama PAS bersama rakan-rakan seperjuangan dari Bersatu, MIPP dan Gerakan berkumpul dalam semangat persaudaraan yang luar biasa.

- Advertisement -

Wajah-wajah ceria, senyuman ikhlas dan perbualan mesra mewarnai majlis yang bukan sahaja meraikan Aidilfitri, malah menjadi medan mempererat silaturrahim antara pemimpin, ahli, dan sahabat-sahabat daripada komponen Perikatan Nasional (PN).

Pelbagai perkongsian tawa, cerita dan harapan mencerminkan hubungan erat yang terjalin kukuh antara parti-parti komponen, sekali gus memperlihatkan semangat kekeluargaan dalam perjuangan politik yang dibawa bersama.

PAS Pusat merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir dan menyemarakkan majlis, menjadikan sambutan tahun ini bukan sekadar simbol perayaan, tetapi lambang kekuatan ukhwah dalam membina masa depan negara.

Port Dickson hari ini menjadi saksi kebersamaan dan kesatuan tekad seluruh ahli dan pimpinan dalam keluarga besar PN. – HARAKAHDAILY 27/4/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!