Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri 1446H setelah sebulan berpuasa dan bermujahadah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Aidilfitri bukan sekadar satu perayaan, tetapi sebuah kemenangan, iaitu kemenangan iman melawan hawa nafsu, kemenangan hati dalam mencari keampunan, dan kemenangan ukhuwah yang menyatukan kita semua dalam satu ikatan kasih sayang.
Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan penuh rasa kasih dan hormat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam, khususnya para Muslimat yang telah bersama-sama istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama dan menabur bakti kepada ummah.
Di hari yang mulia ini, marilah kita merapatkan silaturrahim, memaafkan segala khilaf, serta menyebarkan kasih sayang dan kebaikan kepada semua. Jangan lupakan mereka yang kurang bernasib baik – hulurkan tangan, ringankan beban, dan jadikan Syawal ini lebih bermakna dengan memberi dan berkongsi.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan kebahagiaan kepada kita semua. Teruskan perjuangan, istiqamah dalam amal, dan jadikan setiap langkah kita sebagai ibadah kerana Allah.
Ikhlas daripada,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!