AMPANG: Pertandingan boling anjuran PAS Gombak yang berlangsung di Ampang Superbowl, Ampang Point, di simi mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 30 pasukan yang terdiri daripada 120 peserta.
Acara itu dianjurkan Lajnah Kesukanan, Kecergasan dan Hibur Didik PAS Gombak dengan kerjasama DACS Gombak dan Ameerah Gombak di mana majlis perasmian disempurnakan Timbalan Yang Dipertua PAS Gombak, Hasbullah Ridzwan.
Pasukan Blood Brother muncul juara dalam pertandingan ini, diikuti ARC A di tempat kedua, manakala pasukan Mutiara Indah menduduki tempat ketiga, sementara Tenangz dan Spook masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.
Turut memeriahkan acara, mantan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang juga Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin yang hadir memberikan sokongan dan galakan kepada peserta.
Pertandingan boling ini bukan hanya bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama peserta, tetapi juga mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat setempat.
PAS Kawasan Gombak berharap agar penganjuran aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha untuk memperkukuh semangat kesukanan dan kebersamaan dalam komuniti. – HARAKAHDAILY 13/11/2024