Satelit Iran, Hodhod dan Kowsar berjaya dilancarkan ke orbit

Kapal angkasa Rusia, Soyuz-2.1 berlepas ke orbit seperti yang dijadualkan dari landasan pelancaran Vostochny Cosmodrome di timur jauh Rusia pada hari ini, 5 November 2024. (FOTO: Tehran Times)
- Advertisement -

MOSCOW: Sebuah roket Rusia yang membawa muatan satelit ke orbit, termasuk dua dari Iran berjaya dilancarkan pada hari ini, dalam satu langkah yang dilihat mencerminkan kerjasama yang semakin meningkat antara Moscow dan Tehran.

Agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos dalam kenyataannya berkata, kapal angkasa Soyuz-2.1 berlepas seperti yang dijadualkan dari landasan pelancaran Vostochny Cosmodrome di timur jauh Rusia dan meletakkan muatannya ke orbit yang ditetapkan sembilan minit selepas pelancaran pada Selasa (5 Nov).

- Advertisement -

Kowsar ialah satelit pemerhatian dengan resolusi pengimejan 3.5 meter setiap piksel, yang boleh digunakan untuk tujuan pertanian, ukur dan penandaan. 

Satelit ini mempunyai jangka hayat orbit selama dua tahun.

Satelit Hodhod pula dirancang untuk digunakan dalam bidang Internet of Things (IoT), pertanian, pengangkutan dan senario pengurusan krisis. 

Iran adalah antara 10 negara yang mempunyai pengetahuan tentang teknologi angkasa dan merupakan negara ke-11 di dunia dari segi sains angkasa lepas dan negara terkemuka di rantau ini.

Satelit Iran adalah yang pertama dilancarkan bagi pihak sektor swasta negara itu, dengan Kowsar dikeluarkan oleh syarikat Omidfaza, yang mula mereka bentuk satelit itu pada 2019. -Agensi/– HARAKAHDAILY 5/11/2024