KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang lelaki Cina, 37 tahun tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta yang di tepi jalan Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini, pada jam 4.29 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohamad Lazim Ismail, menerima maklumat kejadian itu dari pengadu yang merupakan Pembantu Perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan telah dihantar ke HKL untuk bedah siasat.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, petang ini.
Mohamad Lazim berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat berkenaan kes itu boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.
“Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/8/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!