MB Kelantan seru pengundi Sg Bakap pilih PN

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Nasuruddin Daud berkata, layanan baik kepada semua kaum di negeri itu adalah penyebab sokongan kuat daripada masyarakat bukan-Melayu kepada PAS.

- Advertisement -

Menurut beliau, perkara tersebut menjadi penyebab utama PAS mampu mengekalkan pemerintahan di Kelantan selama lebih daripada 50 tahun iaitulah hasil daripada layanan baik dan pentadbiran yang adil.

Kejayaan itu juga katanya, telah memberi inspirasi kepada kemenangan PERIKATAN NASIONAL (PN) di Terengganu, Kedah, Perlis, serta beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“InsyaAllah mereka (petugas bukan-Melayu)juga akan datang ke sini untuk kempen PN,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PN di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Kechil di sini hari ini.

Beliau menyeru penduduk di Sungai Bakap untuk terus memilih PN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 DUN Sungai Bakap yang akan datang.

Menurutnya, PRK Sungai Bakap adalah peluang untuk membawa suara rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PH, antaranya juga menekankan peranan penting anak muda dalam gerak kerja pilihan raya.

“Orang muda semangat, mereka perlu memainkan peranan penting dalam gerak kerja pilihan raya. Allah kasih pada orang yang berjuang di jalan Allah seolah-olah berada dalam saf yang tersusun rapi,” kata beliau.

Beliau mengingatkan bahawa sejarah menunjukkan golongan muda sentiasa memberi sumbangan besar kepada perjuangan.

“Sepanjang sejarah, golongan yang paling hebat memberi sumbangan kepada perjuangan ialah golongan muda.

“Nabi Muhammad dilantik menjadi nabi pada kemuncak kematangan iaitu 40 tahun, Saidina Abu Bakar pada umur 37 tahun dan Saidina Ali pada umur 10 tahun. Lawan Nabi banyak orang tua,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa di Kelantan, PAS tidak menggunakan jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya dan ini sepatutnya menjadi teladan bagi semua pihak yang bertanding dalam PRK. – HARAKAHDAILY 21/6/2024

- Advertisement -