Petani Perlis terbeban harga diesel meningkat

- Advertisement -

ARAU: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Razali Saad menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kenaikan harga diesel yang disifatkannya memberi impak besar kepada sektor pertanian.

- Advertisement -

“Kenaikan harga diesel ini sangat membebankan petani, (kerana) bahan api ini digunakan secara meluas dalam semua aspek pertanian, daripada penggunaan mesin hingga pengangkutan hasil pertanian.

“Kenaikan harga ini menambahkan beban kepada masyarakat tani,” kata Razali ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau menegaskan bahawa kenaikan kos ini akan mempengaruhi pendapatan petani secara keseluruhan, sekali gus menggesa kerajaan mengkaji semula harga diesel untuk kepentingan sektor itu.

“Harga padi yang ditetapkan pada RM1,300 per tan metrik perlu disemak semula untuk memastikan ia sesuai dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,” saran beliau.

Razali juga menyeru pihak kerajaan persekutuan untuk menilai impak keseluruhan kenaikan harga tersebut yang tentunya menyebabkan beban tambahan ke atas operasi dan kehidupan golongan itu.

“Para petani akan menerima risiko yang sangat tinggi akibat kenaikan ini. Adalah penting untuk (kerajaan) memastikan kelangsungan hidup mereka terjamin,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/6/2024

- Advertisement -