PDRM bantu sekolah hadapi masalah disiplin pelajar

- Advertisement -

TUMPAT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat termasuk pihak sekolah dan ibu bapa yang menghadapi masalah terutamanya berkaitan disiplin pelajar.

- Advertisement -

Pegawai Perhubungan Sekolah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, Inspektor Mohd Hanif Mat Jusoh berkata, ibu bapa sewajarnya bertanya guru berkaitan disiplin anak mereka ketika berada di sekolah. 

“Hasil maklumat itu lebih memudahkan ibu bapa mengawal anak-anak mereka ketika berada di rumah.

“Lagi pun tempoh setiap pelajar berada di rumah lebih panjang berbanding di sekolah yang hanya bermula jam 7.30 pagi hingga 2 petang,” katanya selepas majlis Penyampaian Watikah Badan Kepimpinan Sekolah Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Bustanus Saadah Morak hari ini.

Mohd Hanif juga berkata, ibu bapa diingat tidak melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak hanya kepada guru di sekolah semata-mata.

Sebaliknya kata beliau tumpuan juga perlu diberi ketika anak berada di rumah atau di luar.

Menurutnya juga ibu bapa disaran membuat pemeriksaan kenderaan khususnya motosikal yang digunakan anak ketika datang dan pulang dari sekolah.

“Ibu bapa kena pastikan bunyi ekzos motosikal tidak terlalu kuat kerana ia boleh mengganggu orang ramai.

“Malah bunyi ekzos yang kuat antara kesalahan yang boleh dikenakan terhadap penunggang motosikal termasuk pelajar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/4/2024

- Advertisement -