Pemuda PAS kecam etika laporan portal Malaysiakini

- Advertisement -

KANGAR: Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Haziq Asyraf Dun mengecam siaran Malaysiakini yang mengelirukan pembaca dan sikap tidak beretika bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap pentadbiran Menteri Besar (MB) Perlis, Mohd Shukri Ramli.

“Kita mengecam tindakan Malaysiakini kerana siaran laporan yang mengelirukan pembaca berhubung Menteri Besar Perlis yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sikap suka menggunakan siaran berbaur kontrovesi ini jelas menunjukkan Malaysiakini tidak beretika serta cuba mewujudkan persepsi buruk kepada MB Perlis di kalangan pembaca,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya menzahirkan kesyukuran kerana Mohd Shukri dibenarkan pulang selepas diambil keterangan dan berharap perkara tersebut tidak dimainkan musuh semata-mata kerana PRK Kuala Kubu Bharu yang sedang berlangsung.

“Hal ini kerana usaha membanteras rasuah seharusnya dijalankan secara adil dan tidak memilih bulu, bukannya tertumpu kepada pihak pembangkang sahaja,” ujarnya lagi.

Justeru, beliau menyeru agar semua ahli PAS terutama pemuda untuk terus memanjatkan doa dan bermunajat agar perjalanan PAS tidak terancam serta dipelihara dari cubaan memporak-perandakan PAS terutamanya di negeri Perlis. – HARAKAHDAILY 30/4/2024

- Advertisement -
- Advertisement -