PAS Melaka rakam takziah kepada keluarga SUK

Allahyarham Datuk Wira Zaidi Johari.
- Advertisement -

MELAKA: Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah buat keluarga Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari, 54, yang meninggal dunia, pagi tadi.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS negeri, Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail berkata, mudah-mudahan pengorbanan allahyarham dibalas dengan kebaikan.

“Takziah buat seluruh ahli keluarga, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang menghembuskan nafas terakhir beliau pagi ini.

“Segala jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat dalam kerajaan Negeri Melaka, mudah-mudahan dibalas kebaikan,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS negeri, ujarnya turut mengajak orang ramai agar sama-sama mendoakan, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarhman dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Melaka ketika menerima rawatan selepas dipercayai rebah di rumahnya, malam tadi. – HARAKAHDAILY 19/4/2024

- Advertisement -