Kerajaan negeri rai kakitangan sempena Aidilfitri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kompleks Kota Darulnaim meneruskan tradisi sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai meraikan pegawai serta kakitangan kerajaan negeri yang berkhidmat di pusat pentadbiran tersebut.

- Advertisement -

Menteri Besar, Datuk Panglima Perang Ustaz Mohd Nassruddin Daud berkata, majlis itu sebagai menghargai jasa serta pengorbanan kakitangan yang berkhidmat untuk kerajaan negeri.

Katanya ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan turut dijemput hadir pada program berkenaan.

“Alhamdulillah sambutan sentiasa meriah setiap tahun. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua,” katanya pada media ketika ditemui pada majlis itu semalam.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, pegawai kerajaan negeri dan Pusat.

Pelbagai menu disediakan setiap jabatan yang berada dalam kompleks tersebut termasuk Pejabat Menteri Besar, Pejabat Timbalan Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebanyak 36 gerai dikendalikan pelbagai agensi menyediakan juadah antaranya nasi arab, mee kari, mehon sup, satey, kuih-muih raya, air pelbagai perisa dan perbagai lagi. – HARAKAHDAILY 18/4/2024

- Advertisement -