‘Ini dakwaan terpelik di dunia’

- Advertisement -

KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan kononnya ada pemimpin PAS menggunakan duit BERSATU seperti tular di TikTok malam tadi.

- Advertisement -

Beliau berkata, tiada dalam pengetahuannya mengenai dakwaaan tersebut.

“Saya tidak tahu berhubung dakwaan tersebut yang mendakwa saya ambil duit BERSATU. Ini dakwaan terpelik di dunia.

“Setakat ini saya tidak terima sebarang maklumat berhubung perkara ini. Saya akan tengok dahulu dakwaan tersebut,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Aidilfitri anjuran PAS Kelantan, di sini, hari ini.

Semalam, tular rakaman perbualan suara di TikTok yang mendakwa Tuan Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengambil wang milik BERSATU.

Individu yang membuat dakwaan terbabit disebut sebagai adik kepada Setiausaha Agung BERSATU, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin. – HARAKAHDAILY 18/4/2024

- Advertisement -