Suspek lepas tembakan di KLIA direman 7 hari

- Advertisement -

KOTA BHARU: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 baru-baru ini ditahan reman selama tujuh hari.

- Advertisement -

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin untuk membantu siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai dan anggota polis.

Suspek, Hafizul Hawari, 38, ditahan di Jalan Bayam jam 3 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri. – HARAKAHDAILY 16/4/2024

- Advertisement -