Sanusi nafi nikah lagi, tapi kalau ada jodoh…

- Advertisement -

SIK: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md.Nor menafikan kononnya beliau bernikah lagi seperti dakwaan yang tular di media sosial, ketika ini.

- Advertisement -

Namun beliau tidak menolak kemungkinan itu sekiranya ada jodoh dengan mana-mana wanita.

“Mana tahu ada jodoh? Kalau jodoh orang Sik apa salahnya. Orang Sik, orang Alor Setar jugakan,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Benih Padi Huma di Kampung Radik, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media dakwaan kononnya beliau berkahwin secara senyap dan menyambut raya di kampung isteri keduanya berikutan keberadaannya di Pahang.

Justeru, secara seloroh Sanusi berkata, buat masa ini beliau belum berhasrat untuk bernikah lagi, namun tidak menolak sekiranya ada jodoh suatu hari nanti. – HARAKAHDAILY 16/4/2024

- Advertisement -