Kelantan ikuti rapat perkembangan di Timur Tengah

Wan Roslan Wan Hamat
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan mempunyai pengalaman membawa pulang pelajar yang belajar di Mesir ketika berlaku pergolakan politik di negara tersebut 10 tahun lalu.

- Advertisement -

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi berkata, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sekiranya konflik di Timur Tengah tidak menunjukkan tanda-tanda reda, kemungkinan akan dipanggil balik pelajar di Jordan.

“Itu kalau suasana tidak mengizinkan, tetapi sekarang kita memantau berdasar maklumat dikeluarkan Wisma Putra dan persatuan pelajar di Jordan,” katanya di sini.

Konflik baharu tercetus di rantau Asia Barat apabila Iran melancar dron dan misil terhadap Israel sebagai membalas dendam ekoran rejim Zionis  menyerang konsulat Iran di Damsyik sehingga mengorbankan 13 rakyatnya.

Sehingga sekarang terdapat seramai 267 pelajar Kelantan yang menyambung pengajian di Jordan.

Wan Roslan juga berkata, kerajaan Kelantan bekerjasama Kementerian Luar Negara bagi memantau konflik Israel dan Iran.

“Kita pun sudah menghantar mesej kepada pelajar di Jordan supaya mengambil langkah keselamatan dan sentiasa berhubung dengan kedutaan serta mematuhi segala peraturan dikeluarkan kerajaan Jordan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/4/2024

- Advertisement -