Anak jati Kelantan kini ADUN Bagan Pinang 

Ustaz Abdul Fatah Zakaria
- Advertisement -

KOTA BHARU: Majlis Mesra Aidilfitri Kepimpinan Penghayatan Mambangun Bersama Islam (PMBI) bersama anak Kelantan pada 2 Syawal lepas dikejutkan dengan kehadiran ADUN Bagan Pinang Ustaz Abdul Fatah Zakaria.

- Advertisement -

Beliau merupakan salah seorang daripada lima ADUN Perikatan Nasional (PN) pada menang pada Pilihan Raya Negeri Ogos 2023.

Abdul Fatah merupakan anak jati Kelantan, menetap di Bagan Pinang lebih 26 tahun lalu.

Beliau juga Ahli Jawatankuasa Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) di Negeri Sembilan.

Pada PRN lepas beliau memenangi DUN Bagan Pinang dengan majoriti 3,426 mengalahkan clon Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rakyat Kelantan berbangga kerana tahun ini seorang perantau berkhidmat sebagai ADUN di selatan tanah air.

“PN mendapat lima wakil rakyat di Negeri Sembilan buat kali pertama, alhamdulillah,” katanya di sini.

Pada PRN Ogos lepas PN menguasai DUN Labu, DUN Serting, DUN Paroi, DUN Gemas serta DUN Bagan Pinang.

Ustaz Abdul Fatah antara ‘produk’ Kelantan di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang kini menjalar ke Negeri Sembilan.

Sebelum ini ramai anak Kelantan berkhidmat sebagai wakil rakyat di negeri lain termasuk bekas ADUN Taman Templer, Selangor Zaidi Abu Talib dan bekas ADUN Titi Serong, Perak Khalil Idham Lim Abdullah.

Sempena Majlis Mesra Aidilfitri 2024 baru-baru ini empat anggota Exco baharu diperkenalkan kepada anak-anak perantau iaitu Rohani Ibrahim, Zamakhshari Muhamad, Hilmi Abdullah dan Datuk Kamarudin Md Nor.

Orang ramai tidak melepaskan peluang bersalaman, beramah mesra dan berswafoto bersama kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud. – HARAKAHDAILY 15/4/2024

- Advertisement -