Pangkalan udara F-35 Israel jadi sasaran Iran

Pangkalan udara Nevatim yang menempatkan pesawat F-35 Israel di Gurun Negev.
- Advertisement -

TEHRAN: Peluru berpandu balistik yang ditembak oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyasarkan Pangkalan Udara Navatim di selatan wilayah Palestin yang diduduki.

Media Israel mengesahkan bahawa beberapa roket mengenai Gurun Negev yang menjadi lokasi pangkalan udara itu.

- Advertisement -

Pangkalan yang mempunyai landasan sepanjang 3,400 meter dan hangar adalah pangkalan utama rejim Zionis yang menempatkan pesawat canggih buatan Amerika Syarikat, F-35.

Pada Februari lalu, Tentera Udara IRGC ketika latihan simulasi menjadikan pangkalan udara yang terletak kira-kira 1,100 kilometer dari sempadan Iran sebagai sasaran serangan.

Stesen televisyen Saluran 14 sebelum ini melaporkan beberapa roket turut melanda Arad, sebuah kawasan di timur bandar Beersheba di selatan Palestin yang diduduki, menyebabkan beberapa orang cedera.

Sumber Israel berkata pada pagi ini bahawa 150 peluru berpandu dilepaskan ke sasaran rejim di seluruh wilayah yang diduduki. Namun butiran sebenar mangsa atau kerosakan masih tidak diketahui. – IRNA – HARAKAHDAILY 14/4/2024

- Advertisement -