SECARA rasminya, Iran menerusi Kor Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah melancarkan Operasi ‘True Promise’ yang dimulakan dengan bedilan ratusan peluru berpandu balistik dan dron pesawat udara tanpa pemandu (UAV) ke arah membedil Israel dari jauh.
Kemungkinan besar, jika ketegangan tidak dikendurkan, perang dengan skala lebih besar akan tercetus dan akan mencorakkan masa hadapan dunia untuk dekad akan datang.
Ia adalah susulan sejak tujuh bulan lalu, operasi Taufan Al-Aqsa (atau Al-4qsa) yang diiringi pembantaian bumi Semenanjung Gaza masih berterusan.
Konflik yang berlaku kali ini dikhuatiri bakal menjadi sebuah malapetaka kemanusiaan paling besar setelah perang dunia kedua.
Dalam keadaan kuasa besar dunia terus bermain permainan bodoh sombong dan membutakan mata terhadap 1,001 pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel, dunia Islam pula kekal terpecah dan disibukkan dengan konflik masing-masing.
Sepanjang tujuh bulan berlalu, sekurang-kurangnya 33,000 penduduk Gaza telah mati syahid, dengan dua per tiga daripadanya ialah wanita dan kanak-kanak; dan 1.5 juta pula menjadi pelarian dalam negara sendiri.
Itu angka yang jauh lebih teruk daripada Nakbah 1.0, yang menyaksikan 2.3 juta warga Gaza pula berterusan dikepung dan saban hari dibom.
Sehinggakan hanya terdapat 10 pusat rawatan dan hospital yang boleh beroperasi daripada 36 yang sedia ada sebelum perang. Kira-kira 100 petugas media dan wartawan pula setakat ini mati dibunuh bedilan bom dan roket Yahudi.
Masalah kelaparan dan kebuluran menjadi norma masyarakat Gaza sehinggakan memakan makanan haiwan adalah jawapannya.
Jika benar Gaza berjaya dipertahankan pun, anggaran kos baik pulih diperlukan boleh mencecah AS$20 bilion, namun kos jiwa dan mental umat Islam Gaza yang diranapkan adalah jauh lebih mahal daripada kos baik pulih secara lahiriah ini.
Apa yang telah berlaku tujuh bulan lepas ternyata membawa hikmah cukup besar kepada umat Islam dan warga dunia itu sendiri.
Sikap, wajah sebenar Zionis kini terlondeh
Sikap dan wajah sebenar Zionis Yahudi akhirnya terlondeh di mata lapan bilion warga antarabangsa, dan kini ‘hukuman’ terhadap kesemua jenayah Israel itu dilaksanakan IRCG melalui Operasi ‘True Promise’.
Sikap mereka yang suka memperolokkan perjanjian, suka berjidal iaitu berdebat dan memenangi sesuatu argumentasi merupakan sebab utama mengapa Israel tanpa segan silu berani dan tidak malu melanggar undang-undang antarabangsa dan norma kemanusiaan yang menjadi fitrah homo sapiens.
Al-Quran mencatatkan dengan jelas sikap-sikap Yahudi, yang acap kali berjidal dan mempertikai perintah Allah SWT dan para rasul yang diutuskan.
Taurat diselewengkan sehingga dihasilkan Talmud, himpunan panduan para rabbi yang cuba memanipulasi undang-undang Tuhan.
Lorong tikus dan kelompongan akan mereka cari untuk mewujudkan sebuah situasi yang menguntungkan mereka. Jika kalam Tuhan pun mereka boleh manipulasi dan tipu, apatah lagi perkara seperti undang-undang antarabangsa?
Perkara inilah yang sedang berlaku sekarang sehinggakan anak kecil pun mampu melihat dengan jelas penipuan yang dilakukan.
Sebab itu kita dapat lihat dengan jelas, bagaimana naratif warga antarabangsa kini tidak lagi bersama Zionis, cuma sebilangan kecil sahaja yang terus degil dengan perbuatan Zionis.
Sama ada mereka itu sendiri berdarah Yahudi Zionis, atau mereka mempunyai kepentingan untuk dijaga rapi dengan Israel.
Lebih menyedihkan, walaupun naratif warga dunia adalah menolak jenayah Zionis, tetapi institusi negara dan institusi antarabangsa nyata sekali dikuasai oleh Zionis dan pencinta Zionis.
Sebab itu, meskipun Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah mengeluarkan keputusan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Majlis Keselamatan juga telah mengeluarkan resolusi, namun penjarahan dan pembantaian tetap diteruskan.
Negara-negara Arab berlakon, diam, selesa
Negara-negara Arab yang menjadi jiran Palestin hanya berlakon, diam dan selesa. Mereka terpaksa bertindak sebegitu setelah ditekan oleh rakyat mereka sendiri sepertimana berlaku di Jordan.
Institusi antarabangsa moden yang kononnya diwujudkan demi keamanan antarabangsa hanyalah sebuah hiasan dan topeng boneka bagi semata-mata untuk menjayakan pentas lakonan mereka.
Sedangkan realiti pahitnya, institusi antarabangsa itulah alat para imperialis moden menekan negara-negara kecil dan negara umat Islam.
Justeru, kini adalah masanya negara-negara Islam dan negara lain di seluruh dunia disedarkan dan menyedari akan kegagalan tatanan moden dunia antarabangsa yang kononnya selama ini ‘menjaga’ dunia.
Sedangkan sistem inilah yang gagal sehingga membenarkan sebuah negara haram bernama Israel dapat wujud dan berdiri.
Perkembangan perang terus berjalan dengan penuh ketidakpastian. Terkini, perang telah memasuki skala baharu bermula selepas tindakan Israel sengaja mencari pasal dengan Iran menerusi tindakan Israel mengebom kedutaan Iran di Damsyik, Syria sehingga mengorbankan tujuh pegawai tertinggi IRGC Iran.
Begitulah jijiknya perangai bangsa pembunuh Nabi. Mereka sanggup menyerang bangunan wakil diplomatik sesebuah negara hanya kerana kepentingan mereka. Israel berbuat demikian demi menarik tentera Amerika Syarikat berjaga-jaga di kawasan Timur Tengah seterusnya mampu meningkatkan pertahanan Israel.
Gabungan serangan Iran, Ansarullah Houthi, Hizbullah
Iran pula tidak lagi boleh berdiam diri. Sekutu Iran di Yaman iaitu Ansrullah Houthi telah berbulan lamanya menentang Zionis secara berdepan.
Pejuang Hizbullah Lubnan pula berterusan mengacau Israel di wilayah utara. Sementara, Kataib Hizbullah Iraq turut memainkan peranan dalam konfrontasi kali ini.
Terbaharu, Iran turut telah menahan kapal milik Israel di Selat Hormuz dan kini nekad dan tekad memulakan Operasi ‘True Promise’.
Amerika Syarikat dan sekutunya pasti akan melindungi Israel sepertimana dikehendaki Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Sementara Rusia dan China telah memberi amaran bahawa mereka pasti akan turut menyokong sekutu mereka Iran.
Apa yang menyedihkan, negara-negara Arab seperti Jordan dan Mesir yang selama ini diam membisu terhadap bedilan Israel terhadap Gaza dengan ‘gagah’nya; berani bersuara ingin mempertahankan Israel daripada roket Iran.
Dalam masa sama, rundingan damai terus digerakkan di Kaherah yang dikendalikan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat.
Namun sehingga kini Israel terus tegar dengan pendirian populis untuk meratakan bumi Gaza. Bahkan rundingan damai ini hanyalah alat oleh Netanyahu untuk menyusun operasi meratakan Rafah pula.
Jangan kita lupa perangai Yahudi Zionis sekitar perjanjian dan persefahaman. Meraka akan berjidal dan mencari lompang agar sesuatu undang-undang dan perjanjian memberikan keuntungan kepada kepentingan naratif mereka.
Apa yang pasti perkembangan semasa menunjukkan kepada kita, dalam konteks pertembungan geopolitik antarabangsa, umat Islam harus bersatu dalam satu ketumbukan yang sama.
Sentimen mazhab dan sekterian lain tidak akan membantu membebaskan bumi para anbiya daripada terus dikotorkan. Namun, ia boleh dibebaskan dengan kesatuan naratif, gerak kerja, ekonomi dan logistik seluruh negara Islam.
Boikot, sumbangan dan doa merupakan perkara-perkara yang mampu kita usahakan dengan istiqamah.
Di peringkat negara pula, kita mengharapkan Malaysia kekal tegas dengan pendirian tidak mengiktiraf Israel serta Malaysia dapat menjadi contoh dan pemimpin negara Islam lain dalam menghasilkan solusi struktural dan reformasi tasawur dunia yang benar-benar mampu menyelesaikan konflik ini.
Dalam keadaan kita bergembira menyambut Syawal janganlah lupa dengan perjuangan saudara seagama kita disana. Jom kita beraya dengan kita ingat kepada Palestin!
Ingatlah, walau apa jua yang berlaku, bumi Al-4qsa adalah bumi yang wajib kita bebaskan. Pembebasan Al-4qsa tidak akan berlaku selagi kita umat Islam kekal terpecah dan lemah. – HARAKAHDAILY 14/4/2024