Misi PAS bantu PN tambah kerusi di DUN Selangor

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS menyerahkan kepada pimpinan PERIKATAN NATIONAL (PN) untuk menentu calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah yakin potensi PN memenangi kerusi itu berikutan banyak isu yang gagal diselesaikan kerajaan Pusat sekarang.

“Jika kita boleh meyakinkan rakyat tentang kemampuan PN selain isu yang menyebabkan mereka tidak berpuas hati rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH), saya percaya PN boleh menang,” katanya ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pengkalan Chepa di sini semalam.

Mohd Amar juga berkata, kemungkinan kerusi itu akan ditandingi Gerakan berdasar persetujuan pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurutnya setakat ini belum ada keputusan baharu.

“Namun bagi kita yakin PN boleh merampas kerusi itu tidak kira sama ada calonnya daripada Gerakan, PAS atau Bersatu,” katanya.

Beliau juga berlata, PAS sebagai sebahagian komponen PN akan membantu dan memastikan calon menang dan menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor biarpun tidak bertanding pada PRK tersebut.

Mohd Amar juga berkata, gelombang sokongan rakyat terutamanya orang Melayu kepada PN masih kekal selepas lebih setahun PRU15, malah diyakini sokongan semakin bertambah.

“Kita juga percaya sokongan boleh dilonjakkan lagi kerana banyak isu tidak dapat diselesaikan kerajaan Madani.

“Rakyat melihat ketidakmampuan PH untuk menyelesaikan isu ekonomi, mata wang dan kenaikan harga minyak yang semuanya dijanjikan dalam kempen pilihan raya,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas PN menang di 22 kerusi DUN, manakala PH pula menguasai 32 kerusi dan BN hanya memenangi 2 kerusi. – HARAKAHDAILY 14/4/2024

- Advertisement -