ADUN rai perantau di rumah terbuka Aidilfitri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Hampir semua wakil rakyat di Kelantan mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat DUN bermula Jumaat dan semalam.

- Advertisement -

Mereka mengadakan program berkenaan untuk mengambil kesempatan meraikan anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya di kampung.

Empat ADUN di kawasan Parlimen Tumpat mengadakan rumah terbuka semalam yang bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.

Pusat Khidmat DUN (PKD) Tendong dan Salor turut mengadakan rumah terbuka semalam termasuk PAS Pengkalan Chepa.

Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya menganjur program berkenaan untuk mengambil kesempatan meraikan anak perantau yang pulang berhari raya di kampung. (Foto atas)

“Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar dan orang ramai yang hadir dapat menikmati jamuan yang kita sediakan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berkenaan semalam.

Manakala Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud pula mengadakan rumah teebuka di kediamannya pada 2 Syawal, manakala timbalannya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan pada 3 Syawal. – HARAKAHDAILY 14/4/2024

- Advertisement -