PASIR PUTEH: Pusat Khidmat DUN Limbongan dengan kerjasama Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berusaha membekal air di lokasi yang mengalami gangguan bekalan air di Pasir Puteh.
ADUN Limbongan Nor Asilah Mohd Zain berkata, kawasan yang terjejas termasuk Taman Purnama, Kampung Nara yang melibatkan pemasangan dua tangki statik pada Jumaat lepas.
Selain itu Kampung Chengar Batu turut melibatkan pemasangan tangki statik dan Kampung Nering perlu ditempatkan tangki air statik.
“Kampung Dalam Pupoh juga perlu penghantaran lori tangki air oleh AKSB. Usaha untuk menghantar air ke tangki statik sedang diusahakan penghulu dengan kerjasama AKSB,” katanya di sini.
Menurutnya juga usaha tersebut diharap membantu pengguna yang terjejas buat sementara waktu ekoran panas masih lagi melanda Kelantan. – HARAKAHDAILY 14/4/2024