Iran panggil duta British, Perancis dan Jerman

Bangunan Kementerian Luar Iran di Tehran.
- Advertisement -

DUBAI: Kementerian Luar Iran memanggil duta Britain, Perancis dan Jerman untuk mempersoalkan “pendirian tidak bertanggungjawab” negara berkenaan berhubung serangan balas Tehran terhadap Israel.

Tiga negara Eropah berkenaan mengecam serangan dron dan peluru berpandu Iran terhadap Israel, mulai malam Sabtu hingga hari ini sebagai tindakan balas terhadap pengeboman Israel ke atas kedutaan negara itu di Damsyik, Syria pada 1 April lalu.

- Advertisement -

Mengikut media separa rasmi Agensi Berita Buruh Iran, Pengarah Bahagian Eropah Barat Kementerian Luar Iran menuduh ketiga-tiga negara berkenaan “pilih kasih” kerana awal bulan ini, menentang kenyataan Majlis Keselamatan PBB yang mengutuk serangan Israel ke atas kedutaan Iran di Syria.

“Tindakan ketenteraan Iran terhadap rejim Zionis Israel adalah dalam kerangka hak mempertahankan diri yang sah mengikut Perkara 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan sebagai tindak balas kepada beberapa siri jenayah, termasuk serangan ke atas kedutaan baru-baru ini di Syria,” kata pegawai berkenaan.

Negara G7 termasuk Perancis, Jerman dan United Kingdom, dijangka mengadakan mesyuarat panggilan video untuk membincangkan serangan Iran. – REUTERS

- Advertisement -