Selamat Tahun Baru Vaisakhi, Chittirai Puttanda, Vishu Ashamsakal, Pohela Boishakh

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan Selamat Tahun Baru Vaisakhi, Chittirai Puttanda, Vishu Ashamsakal dan Pohela Boishakh masing-masing kepada rakyat Malaysia berketurunan Sikh, Tamil, Malayalam dan Bengali yang jatuh pada hari ini dan esok.

- Advertisement -

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berharap hari-hari yang mendatang akan dipenuhi dengan keberkatan, kegembiraan, kesejahteraan dan kejayaan.

“Sebagai komponen-komponen integral masyarakat besar Malaysia yang berbilang kaum dan budaya, keunikan dan keistimewaan setiap komuniti adalah sentiasa dihormati selain menambah nilai kepada pengalaman hidup kita bersama, sementara keberhasilan dan kesejahteraan masing-masing kumpulan pula menjadi ukuran kepada kejayaan kita sebagai sebuah negara bangsa.

“Dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi segar bersama kita, PAS berharap kemeriahan yang sama akan bersambung dan dikongsi bersama dengan sambutan-sambutan tahun baru ini atas semangat muhibah, setiakawan dan saling menghargai yang merupakan ciri unik serta murni masyarakat Malaysia,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dalam satu kenyataan, hari ini. – HARAKAHDAILY 13/4/2024

- Advertisement -