‘Makin melampau dah, hangpa nak apa sebenarnya?’

Afnan Hamimi Taib Azamudden
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Jadi makin melampau dah. Hangpa nak apa sebenarnya? Nak majukan ekonomi negara ka? Atau hangpa nak apa?”.

- Advertisement -

Itu reaksi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden berhubung isu alas kaki bergambar Kaabah.

“Saya sebut dalam Dewan Rakyat baru ni, kena ada undang-undang yang lebih keras kepada mereka yang didapati menghina Islam. Nampaknya undang-undang yang sedia ada hari ini tidak menggerunkan mereka,” ujarnya menerusi hantaran di laman sosialnya, hari ini.

Menurutnya, seolah-olah ada ‘kumpulan kartel’ tertentu yang sengaja mencetuskan isu sensitiviti agama dan perkauman di Malaysia ini.

Beliau menegaskan, kartel tersebut perlu dihapuskan sekarang kerana isu itu adalah serius.

“Ini bukan isu nak ‘test market’, nak tengok apa reaksi orang Islam di Malaysia. Soal agama, soal aqidah, bukan barang dagangan untuk ‘test market’,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Alor Setar.

Katanya lagi, orang Islam sanggup mati kerana mempertahankan agama dan aqidah.

“Jangan cabar kami sampai ke tahap itu!

“Wahai penghina dan pembenci Islam. Walaupun kamu boleh cucuk hidung dan bagi makan kepada seekor dua pencacai dalam kalangan kami untuk ikut cakap kamu, ikut arahan kamu, ikut laras bahasa kamu.

“Kamu kena ingat! Akan ada ramai lagi umat Islam yang akan bersama kami bersatu padu menentang dan melawan kamu!

“Kami tak cari musuh. Tapi kalau musuh mai cari kami, kami tunggu dan lawan sampai menang atau mati syahid!” tegasnya lagi.

Media hari ini melaporkan satu operasi yang diketuai Polis Diraja Malaysia bersama Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Selasa lalu. – HARAKAHDAILY 13/4/2024

- Advertisement -