Kemarau panjang di Kelantan berakhir

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA KRAI: Cuaca kering yang melanda Kelantan sejak lebih dua bulan lepas berakhir apabila hujan mulai mencurah curah di kebanyakan tempat pagi semalam.

- Advertisement -

Malah hujan sekali lagi lebat selepas solat Zohor semalam. Curahan hujan membolehkan kawasan yang kering dan tanah merekah mulai bertakung air.

Cuaca di kebanyakan tempat juga mendung dari pagi sehingga petang, membolehkan orang ramai meraikan kedatangan 1 Syawal dalam suasana lebih selesa tanpa pancaran terik matahari.

Dan hari ini cuaca di Kuala Krai juga mendung di mana hujan agak lebat turun seketika petang ini.

Pada Selasa lepas kerajaan Kelantan mengadakan solat sunat istiqa’ di seluruh jajahan berikutan kemarau panjang yang melanda sejak awal tahun ini.

Berikutan itu banyak kawasan pertanian terjejas terutamanya tanaman padi yang memerlukan air yang banyak untuk pembesaran pokok padi.

Bagi menangani masalah tersebut kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi membekalkan pam berkuasa tinggi di kawasan pertanian yang terjejas akibat kemarau. – HARAKAHDAILY 11/4/2024

- Advertisement -