Laporan polis terhadap Fb Zunar Cartoonist Fan Club

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Facebook Zunar Cartoonist Fan Club kerana dianggap menghina kalimah Allah.

- Advertisement -

Ketuanya, Mohamad Kamal Mohamed berkata, laman sosial terbabit pada catatannya menyifatkan pihak yang mempertahankan kalimah Allah dianggap sebagai fobia.

Katanya, kenyataan seperti itu dianggap sebagai menghina sensiviti umat Islam.

“Oleh itu kami mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit dan individu yang terlibat,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu hari ini.

Sebelum itu, laman sosial kartunis terbabit pada hantarannya menyifatkan pihak yang mempertahan kalimah Allah disifat sebagai fobia.

Pihak berkuasa sebelum ini mendakwa pemilik rangkaian kedai serbaneka 24 jam KK Mart di mahkamah ekoran ditemui stoking tertera kalimah di sebuah premis miliknya. – HARAKAHDAILY 9/4/2024

- Advertisement -