‘Apa cerita beras campuran RM30 di pasaran?’

Iqman Iberahim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mencari penyelesaian terbaik terhadap cadangan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai penggantian ubi kayu terhadap beras sebagai sumber alternatif karbohidrat.

Exco Lajnah Isu Rakyat & NGO Dewan Pemuda PAS Gombak, Iqman Iberahim berkata, cadangan Johari memberi gambaran yang lebih jelas bahawa Kerajaan Madani gagal mengurus tadbir negara dengan baik.

- Advertisement -

Katanya, pelbagai inisiatif dilakukan di bawah Kementerian Keterjaminan Makanan, tetapi masalah beras tetap menemui jalan buntu.

“Apa cerita beras campuran RM30 di pasaran? Tiada jawapan sehingga kini,” tegasnya kepada HarakahDaily.

Iqman turut berkata, cadangan Johari itu jelas menunjukkan isu beras di Malaysia berada dalam keadaan kritikal.

“Sedangkan dalam media arus perdana kerajaan menguar-uarkan bahawa tidak berlaku masalah ketiadaan beras.

“Inilah situasi paling hipokrit yang berlaku ke atas isu beras, kerana beras adalah makanan asasi rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sehubungan itu, Iqman menunjukkan soalan ini kepada Johari yang berbunyi, “ Sebelum mengeluarkan kenyataan makan ubi kayu, adakah Tuan Speaker/Tuan Pengurusi (Johari) sudah mula makan ubi kayu di rumah sendiri?

“Kalau belum, itu adalah kenyataan double standard yang menunjukkan rakyat biasa (terutama golongan B40) sahaja layak menggantikan beras kepada ubi kayu. – HARAKAHDAILY 9/4/2024

- Advertisement -