Solat sunat istisqa’ di seluruh Kelantan esok

- Advertisement -

KOTA BHARU: Susulan keadaan kemarau berpanjangan di Kelantan sehingga menyebabkan banyak kawasan kering, kerajaan negeri akan menganjur solat sunat istisqa’ di seluruh jajahan esok.

- Advertisement -

Solat sunat istisqa’ akan diadakan pada hari terakhir Ramadan bermula jam 7:30 hingga 8:30 pagi.

Lokasi solat tersebut iaitu Parlimen Kota Bharu, Ketereh dan Pengkalan Chepa bertempat di Padang Perdana, Kota Bharu.

Di Pasir Puteh akan diadakan padang Sawah Selising Timur, padang Majlis Daerah Tanah Merah, padang Maahad Taqaddum Maarif di Kubang Kerian, Dataran Kenanga, Machang.

Pekarangan Masjid Jauhar di bandar Kuala Krai, Padang Maahad Muhammadi Tumpat, tapak Pasar Malam, Pantai Irama, pekarangan Masjid Buloh Gua Musang dan Padang Istiadat Jeli.

Manakala di Rantau Panjang akan diadakan di Pusat Tarbiyah Rantau Panjang dan Pasir Mas pula bertempat di Pusat Tarbiah Pohon Buluh.

Pada kenyataan melalui Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri katanya, usaha itu sebagai ikhtiar memohon Allah menurunkan hujan untuk manfaat rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY 8/4/2024

- Advertisement -