Pembebasan Aqsa: Umat Islam perlu bersatu tanpa mengira mazhab

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Majma’ Taqrib Mazahib, Syeikh Hameed Havali Shahriari di Rusila, Marang.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam kunjungan itu, Tuan Guru dan Syeikh Hameed bersetuju bahawa umat Islam bersatu tanpa mengira mazhab dalam memberikan dukungan kepada perjuangan pembebasan Masjid Aqsa daripada tangan Zionis Yahudi.

“Lawatan kelmarin tersebut daripada Setiausaha Agung Majma’ Taqrib Mazahib merupakan satu badan penubuhan yang berkait dengan pendekatan mazhab-mazhab dalam Islam yang turut ditubuhkan sejak 1980.

“Jadi, beliau berkunjung khusus untuk menziarahi Tuan Guru dan menyebut bahawa dalam isu Palestin ini umat Islam mestilah bersatu tanpa mengira mazhab perbezaan antara kaum, bangsa dan parti-parti politik dalam perjuangan untuk membebaskan Baitul Maqdis,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata, lawatan dan pertemuan antara Tuan Guru dan Syeikh Hameed turut membincangkan tentang situasi terkini di bumi Palestin dan Timur Tengah.

Katanya lagi, perkara demikian memerlukan kebangkitan dan penyatuan seluruh umat Islam tanpa mengira mazhab bagi membebaskan Masjid al-Aqsa. – HARAKAHDAILY 5/4/2024

- Advertisement -