PAS kutuk serangan Israel terhadap Pejabat Konsulat Iran di Syria

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan Israel terhadap Pejabat Konsulat Iran di Syria yang telah mengorbankan 7 nyawa dan dua daripadanya merupakan pegawai tertinggi tentera iaitu Brigadier Jeneral Mohammad Reza Zahedi, seorang panglima kanan dalam Pasukan Elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan timbalannya, Jeneral Mohammad Hadi Hajriahimi.

- Advertisement -

PAS mengucapkan takziah kepada kerajaan Iran atas tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban.

Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza.

“Adil, Prihatin & Berkebajikan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Ramadan 1445 / 2 April 2024 – HARAKAHDAILY 2/4/2024

- Advertisement -