PKWR Bukit Pinang anjur Jualan Syawal Sejahtera

- Advertisement -

POKOK SENA: Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pinang, akan menganjurkan Jualan Kepenggunaan Syawal Sejahtera menjelang Aidil Fitri kali ini.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit, Dato’ Wan Romani Wan Salim berkata, orang ramai boleh membuat tempahan bagi mengelakkan kehabisan stok atau kesesakan pada hari jualan.

“Tarikh yang dicadangkan adalah pada 8 dan 9 April (Isnin dan Selasa) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di PKWR Bukit Pinang, Masjid Nurul Ihsan Langgar,” kata beliau,  di sini.

Sementara tawaran jualan melibatkan daging tempatan berhrga RM35 sekilogram, kambing tempatan (RM45) dan ayam segar RM12 seekor.

Selain itu tambahnya, orang ramai juga boleh mendapatkan santan segar dengan harga RM12 sekilogram, beras pulut (RM8 sekilogram), beras putih seberat lima kilogram (RM18.50) dan telur gred C  sepapan RM11.00.

“Kepada yang berhajat boleh membuat tempatan dengan menghubungi di talian 012-564 2132.

“Setiap tempahan perlu maklum hari dan masa untuk datang mengambilnya,” jelas beliau lagi. – HARAKAHDAILY 2/4/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -