Zakat Pulau Pinang jangan nafikan hak asnaf

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Zakat Pulau Pinang tidak memberi maklum balas terhadap permohonan melalui ADUN pembangkang dikhuatiri akan menafikan hak asnaf yang memerlukan bantuan.

- Advertisement -

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, perkara tersebut berlaku di bawah Exco yang memegang portfolio agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini, sedangkan tidak berlaku di bawah Exco Agama sesi lalu.

Jelas beliau, termasuk kebiasaan bantuan ‘kembali ke sekolah’ dan juga Ramadan turut tidak diberikan tanpa diberikan sebarang maklum balas dan penjelasan walaupun permohonan diajukan itu lengkap.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama ADUN-ADUN Perikatan Nasional (PN) iaitu ADUN Pinang Tunggal, Bukhori Ghazali; ADUN Permatang Berangan, Mohd Sobri Saleh; ADUN Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff; ADUN Pulau Betong, Shukor Zakariah dan ADUN Telok Air Tawar, Azmil Alang.

“Tak kira ADUN pembangkang ataupun ADUN kerajaan, sebelum ni bila kita hantar permohonan, bila cukup-cukup syaratnya, diberikan kepada orang yang layak menerimanya, mereka akan bagi,” ujarnya.

ADUN Sungai Dua itu mengesahkan, sehingga hari ini semua permohonan melalui ADUN Perikatan Nasional (PN) di negeri ini tidak menerima maklum balas daripada pihak Zakat Pulau Pinang.

“Menggambarkan ketidakcekapan pentadbiran oleh pihak Zakat Pulau Pinang di era pentadbiran yang diterajui oleh Exco Agama yang ada sekarang ni, pasaipa dulu tak jadi?” persoal beliau.

Akuinya, beliau dan ADUN-ADUN pembangkang dukacita dengan sikap tidak profesionalisme tersebut dan tidak sepatutnya wujud unsur campur tangan politik dalam urusan zakat kepada asnaf.

“Ini satu perkara yang sangat memalukan dan juga ianya adalah merupakan satu perkara mengkhianati amanah yang diberikan kepada beliau. Dalam bulan puasa ni kita nasihatkan kepada beliau bertakwa kepada Allah. 

“Jangan duk pilih bulu, ni hak Allah. Berikan kepada yang berhak. Kita pohon itu bukan untuk Pusat Khidmat (ADUN pembangkang). (Tetapi) Untuk orang yang sentiasa mengunjungi Pusat zkhidmat ni orang miskin. 

“Kita duk tengok hari-hari. Orang yang datang aa meminta bantuan pepatah mengatakan berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Kita tengok orang pun kesian dah. Orang yang mari ke Pusat Khidmat ini kita kesian dah tengok. 

“Dengan kenaikan harga barang dan sebagainya sudah tentulah mereka orang yang fakir miskin yang lebih teruk menanggung. Sebab itulah kita mengambil inisiatif, semua ADUN-ADUN mengambil tanggungjawab. 

“Tanggungjawab ADUN-ADUN untuk maknanya kita tolong kepada asnaf-asnaf zakat ini yang berada dalam kawasan kita masing-masing. Jadi oleh kerana ada peruntukan tersebut maka kita pohon kita minta,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/3/2024

- Advertisement -