Penduduk dijangka terima air bersih sebelum Aidilfitri

- Advertisement -

KULIM BANDAR BARU: Penduduk Mukim Sungai Kecil Ilir dan Mukim Relau, dijangka akan menerima air bersih dari tangki itu sebelum Aidilfitri.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru, Ts Dr Mohd Suffian Yusoff berkata, persiapan akhir untuk penyaluran air bersih ke tangki hampir siap malah penanaman paip utama juga telah selesai sepenuhnya.

“Insya-Allah, sebelum Aidilfitri ini penduduk Mukim Sungai Kecil Ilir dan Mukim Relau akan memperolehi bekalan air bersih terus daripada tangki,” katanya.

Beliau hadir semalam meninjau perkembangan projek berkenaan untuk memastikan penduduk kampung terlibat mendapat manfaat mengikut jadual yang dijangkakan.

Jelas Dr Suffian, pada asasnya tangki air di Relau sudah sedia menerima air cuma untuk fasa akhir ini.

Justeru, beliau mengharapkan penyaluran ke kawasan persekitaran dapat disegerakan.

Dalam pada itu, ujarnya lagi, ujian tekanan dan isipadu tekanan air dari tangki bukit yang berada di ketinggian 300 kaki ke tangki Relau sudah dilakukan dan didapati keadaannya memuaskan.

“Terima kasih kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor yang berhempas pulas untuk keselesaan penduduk kampung,” tambah beliau lagi. – HARAKAHDAILY 28/2/2024

- Advertisement -