‘Tentera troll Malaysia’, pernah gagalkan naratif siber IDF

Mumtaz Md Nawi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berkata, ‘tentera troll Malaysia’ pernah berjaya menggagalkan naratif siber yang dibawa oleh media sosial Pasukan Tentera Israel (IDF).

- Advertisement -

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada warga Malaysia kerana saya melihat dalam satu penulisan di Jerusalem Post bertarikh 5 Julai 2021.

“Di mana disebut tentang serangan siber daripada ‘Malaysian Troll Army’ yang melibatkan lebih daripada setengah juta follower,” katanya.

Kata beliau, ini membuktikan bahawa netizen Malaysia telah terbukti secara sukarela menjadi aperatus penerangan dan mengetuai usaha counter-propaganda terhadap Israel.

Tambah Mumtaz, situasi itu memaksa IDF melakukan post morterm mengapa mereka kalah dalam perang naratif dan siber pada tahun 2021 yang lepas dengan tanda pagar ‘Israel Koyak’.

“Dalam hal ini apakah SOP yang ada di bahagian kita khususnya keselamatan siber ini untuk kerajaan lebih bersedia untuk absorb serangan daripada hacker pihak yang pro-Israel?

“Berapakah yang kerajaan akan labur untuk memperkasakan keselamatan siber negara?” soalnya sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, beliau turut meminta penjelasan Menteri Digital berkaitan latihan dan pendidikan yang perlu disediakan kepada rakyat Malaysia dalam berdepan dengan ancaman siber seperti yang digariskan di bawah Fasal ke 24 Latihan Keselamatan pada RUU tersebut.

“Dalam hal ini berapakah universiti yang menyediakan fakulti tentang ‘sibergogi’ kepada komuniti? Kerana perkara ini baru,” katanya.

Katanya lagi, terdapat banyak elemen-elemen pencegahan untuk serangan siber itu seperti pengurusan kata laluan, perlindungan, memantau vendor, data sensitif, latihan kakitangan, antivirus, kelab sekuriti, software, menyaring e-mel dan juga dari segi aktiviti fishing.

“Dalam hal ini kita rasa banyak benda yang rakyat perlu belajar yang perlu pada silibus yang detail daripada kementerian kepada komuniti,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/3/2024

- Advertisement -