Sasar pelancong dari negara nilai mata wang tinggi

Datuk Kamaruddin Md Nor
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan menyasar menarik pelancong dari Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom (UK) datang ke negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2024.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, pelancong dari negara berkenaan menjadi pilihan kerana nilai mata wang mereka lebih tinggi.

Selain itu, tumpuan juga diberi kepada pelancong dari Thailand, Singapura dan Brunei.

“Matlamat kita hendak menarik lebih ramai pelancong dari negara berkenaan sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK).

“Negara terbabit mempunyai nilai mata wang yang tinggi berbanding negara kita,” katanya pada Majlis Iftar Mahabbah anjuran Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) bersama media di sini malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah dan Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud.

Kamarudin juga berkata, sebagai permulaan pihaknya telah berkunjung ke Singapura bagi mempromosi untuk menarik pelancong dari negara berkenaan.

“Kerajaan negeri juga akan berbincang dengan kementerian terlibat mengenai sekatan kemasukan bas dari Thailand ke Kelantan dengan mengambil kira pelbagai aspek,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/3/2024

- Advertisement -