‘Ratusan ribu pekerjaan tak terisi, mohon pencerahan’

Senator Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Banyak peluang pekerjaan tetapi masih ramai yang menganggur, kata Senator Hussin Ismail.

- Advertisement -

Menurutnya, ia seperti satu dilema malah ada yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) juga tiada pekerjaan.

“Seperti ada satu dilema, di sana banyaknya rakyat berkelulusan, graduan malah PhD yang menganggur tak bekerja.

“Tapi di sudut yang lain, ratusan ribu peluang pekerjaan tak terisi, mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri,” soalnya ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Negara, hari ini.

Menjawab pertanyaan itu, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, hal tersebut kerana berlakunya ketidakselarasan (mismatch).

“Kerana berlaku mismatch, sebahagian kerana gaji yang rendah, maka graduan rasa dia ada kelayakan yang lebih berbanding penjawatan yang ditawarkan.

“Maka mereka memilih untuk bekerja sebagai pekerja gig, penghantar makanan (food panda) dan pemandu grab (grab driver),” katanya.

Terdahulu, beliau menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa yang meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan jumlah unjuran guna tenaga teknikal kejuruteraan, sains dan teknologi yang diperlukan oleh pelabur baru 2024.

Mustafa turut membangkitkan kerajaan terpaksa menggunakan tenaga kerja mahir asing yang memberi kesan defisit peluang kekerjaan graduan tempatan. – HARAKAHDAILY 27/3/2024

- Advertisement -