Isytihar cukai tidak jujur perlu diambil tindakan

Muhammad Ismi Mat Taib
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dicadangkan untuk mengambil tindakan bagi menangani potensi penyelewengan, penyalahgunaan atau mengisytiharkan cukai secara tidak jujur.

- Advertisement -

Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) berkata perkara itu berlaku di dalam pelaksanaan struktur cukai yang sedia ada ataupun struktur cukai yang baharu.

“Termasuklah mengadakan sistem penguatkuasaan, pemantauan yang lebih ketat penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas,” ujar beliau.

Beliau menyatakan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Hui Ying dalam jawapannya memberitahu kementerian berpandangan peruntukan undang-undang serta prosedur pentadbiran sedia ada secara umumnya adalah memadai.

“Untuk mengatasi masalah penyelewengan dan penyalahgunaan dalam pelaksanaan struktur percukaian sedia ada dan baharu. Tambahan pula selaras dengan Belanjawan 2024.

“Kerajaan akan melaksanakan e-invois secara berperingkat mulai tahun ini yang akan membolehkan pengesanan, ketidakpatuhan cukai dengan lebih berkesan.

“Walau bagaimanapun Kementerian Kewangan kita akan memantau dari masa ke semasa dan memastikan semua adalah dijalankan dengan sewajarnya.

Ustaz Muhammad Ismi dalam soalan asal meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengkaji semula struktur percukaian semasa dengan mengambil kira keperluan perubahan ekonomi semasa. – HARAKAHDAILY 27/3/2024

- Advertisement -