SST: Apa formula kekang kesan rantaian ekonomi

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memberikan formula untuk mengekang kesan rantaian ekonomi secara umum yang dihadapi oleh rakyat kesan kenaikan peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikuatkuasakan 1 Mac lepas.

- Advertisement -

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, contohnya pada bulan puasa ini rungutan yang amat ketara daripada peniaga-peniaga pasar Ramadan yang mereka bukan sahaja kerugian malahan tidak dapat membayar modal kos sewa.

“Ini kesan daripada yang dapat dilihat di hadapan mata kita sendiri. Saya ingin mendapat penjelasan secara tuntas dan juga secara jelas daripada pihak kerajaan impak daripada kenaikan SST yang dikuatkuasakan 1 Mac yang lalu.

“Kita melihat tidak dapat dinafikan bahawa tekanan yang dihadapi oleh rakyat nampaknya amat besar, terutamanya kesan negatif dari segi daya beli pengguna itu sendiri yang akibatnya akan melemahkan dan akan mempengaruhi aktiviti ekonomi secara keseluruhannya,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa, jika secara spesifik berkenaan pasar Ramadan yang beliau dapat lawati empat hingga ke lima tempat iaitu kos sewa itu terlalu tinggi.

“Tidak juga dapat dinafikan Yang Berhormat Kota Bharu tahu bahawa kadang-kadang ada syarikat-syarikat besar yang ambil kesempatan. Kita ada pilihan (untuk) tidak berbuat apa-apa.

Tambahnya, beliau bersetuju untuk kerajaan terus pantau tetapi jika secara khusus perniagaan pasar Ramadan bahawa kebanyakan yang mengeluh ialah kerana kadar sewa yang tinggi.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah yang meminta Perdana Menteri menyatakan kesan terhadap kos sara hidup rakyat dan kos pengeluaran industri akibat kenaikan cukai SST dari enam kepada lapan peratus dan berapa jumlah tambahan kutipan hasil negara daripada pelaksanaan semua langkah cukai baru bagi tahun 2024. – HARAKAHDAILY 26/3/2024

- Advertisement -